Ciri-ciri stesen Stesen_Sungai_Besi

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sungai Besi, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa lebuhraya dan persimpangan berhampiran stesen ini antaranya Persimpangan Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi dan Persimpangan Sri Petaling Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Juga terletak berhampiran stesen adalah pekan Sungai Besi, kawasan komersial The Trillium, Balai Polis Sungai Besi dan Pangsapuri Permai.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
SP Arah Selatan Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Bukit Jalil)
SP Arah Utara Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Bandar Tasik Selatan)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
L1Aras LegarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras TanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 88 petak parkir kereta.[3]